Khamis, 7 Julai 2011
Bahagian-Bahagian Angkup Vernier
Gambarajah dibawah adalah sebuah poster yang menunjukkan bahagian-bahagian utama yang terdapat pada peralatan pengukuran Angkup Vernier..
Kaedah Membaca Angkup Vernier
Video di bawah ini menunjukkan cara-cara bagaimana untuk membaca ukuran yang diambil menggunakan peralatan ukuran Angkup Vernier...sila lihat..
Mesin Pencanai (Grinding Machine)
Mencanai (grinding) merupakan proses pemotongan logam yang mana ianya mengeluarkan logam @ bahan lain dalam bentuk serpihan kecil dengan cara pemusingan roda pencanai yang dibuat daripada bijian-bijian abrasive yang halus dan diikat. Tiap-tiap satu bijian itu merupakan mata alat pemotongan yang halus. Zarah-zarah lelas kecil ini dipanggil pelelas yang memotong logam pada bahan yang hendak dicanai. Grinding merupakan operasi pemotongan kekemasan & adalah proses yang terakhir dalam pemesinan. Ianya juga digunakan bagi tujuan menajamkan mata alat & perkara lain.
Kebaikan Mencanai (Grinding)
Proses mencanai adalah kerja yang penting di dalam kerja-kerja pengeluaran dan ianya mempunyai kebaikan jikadibandingkan dengan proses pemotongan yang lain kerana :
- Satu-satunya cara pemotongan bahan yang telah diberi rawatan haba (hardening). Komponen yang dikehendaki dimesin terlebih dahulu dalam keadaan anneal. Sedikit lebihan sahaja ditinggalkan untuk proses mencanai.
- Menghasilkan kekemasan permukaan yang amat licin yang diperlukan pada permukaan bearing dan permukaan yang menyentuh antara satu sama lain.
- Benda kerja dapat disiapkan keukuran yang tepat dalam masa yang singkat. Ini adalah disebabkan sedikit lebihan sahaja yang ditinggalkan untuk proses mencanai.
Jenis-jenis Mesin Mencanai
Pada amnya terdapat beberapa jenis mesin pencanai yang digunakan dalam bengkel-bengkel kejuruteraan dan industri perkilangan iaitu :
· Mesin pencanai meja dan kaki
· Mesin pencanai elektrik (mudah alih)
· Mesin canai permukaan (surface grinding)
· Mesin pencanai selinder (cylindrical grinding)
· Mesin pencanai mataalat pemotong (tool and cutter grinder)
· Mesin pencanai tanpa tetengah (centerless grinding)
Selain itu terdapat juga mesin-mesin yang digunakan untuk kerja-kerja khas. Namun tujuan utamanya
tetap sama iaitu untuk membuang dan membersihkan bahagian-bahagian tertentu pada bendakerja.
Mesin Kisar (Milling Machine)
Mesin pengisar berbeza daripada mesin-mesin lain dari segi pengunaan mata alat dan cara memegang benda kerja. Jenis mata alat yang digunakan (mata pengisar) ialah mata alat tunggal atau mata alat berbilang. Benda kerja pula dipegang oleh pelbagai jenis pemegang atau dipasak terus kepada meja mesin. Benda kerja disusupkan dengan menghantar meja kepada mata alat yang sedang berputar. kedalaman pemotongan pula dibuat dengan menggunakan meja mesin.
Mesin pengisar juga dilengkapi dengan pelbagai alat memegang benda kerja, pemegang mata alat, aksesori dan alatan tambahan. Keadaan ini membolehkan mesin pengisar melakukan pelbagai bentuk kerja.
Antara kerja-kerja yang dapat dilakukan oleh mesin pengisar adalah :
i. Mengisar permukaan rata. ini termasuklah permukaan mengufuk, tegak dan permukaan bersudut atau condong.
ii. Memotong pelbagai jenis bahu dan alur kunci, lurah T dan tanggam bajang.
iii. Megisar permukaan berbentuk atau tak berbentuk dengan menggunakan mata alat pengisar berbentuk.
iv. Mengisar permukaan yang berjarak sama dengan menggunakan kepala pembahagi contohnya, lurah-lurah, gear, tap, bongkah segiempat sama dan lain-lain.
v. Membuat kerja-kerja melubang.
Kerja-kerja tersebut bergantung kepada:
i. Jenis Mesin yang digunakan.
ii. Mata alat yang terdapat.
iii. Alat tambahan atau aksesori yang dibekalkan.
Jenis-jenis Mesin Kisar
1. Mesin kisar jenis Pengeluaran (Manufacturing)
2. Mesin Kisar Khas dan CNC
3. Mesin Kisar Turus dan Berlutut
Mesin Gerudi (Drilling Machine)
Fungsi utama mesin gerudi ialah untuk menggerudi lubang. Disamping itu ia juga digunakan untuk kerja-kerja seperti melulas, melubang benam, melubang senggat, membenang dalam dan meratakan permukaan bintik.
Terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi seperti:
· Mesin gerudi tekan
· Mesin gerudi tiang
· Mesin gerudi jejarian
· Mesin gerudi mudah alih
· Mesin gerudi kerja khas
Jumaat, 1 Julai 2011
Selamat Datang...
Selamat datang diucapkan kepada anda yang sudi mengunjungi blog saya yang baru dilahirkan ini.. Diharapkan semoga anda dapat meneruskan sokongan untuk mengekalkan kelangsungan blog ini.
Terima kasih...
Terima kasih...
Langgan:
Catatan (Atom)