Mari kita pertimbangkan langkah-langkah yang terlibat dalam mewujudkan suatu komponen mekanikal untuk menyelesaikan masalah yang diberikan (Rajah 1). Langkah pertama ialah pembangunan konsep (peringkat reka bentuk). Seterusnya kita menyusun atur pelan pemasangan dan draf rancangan untuk setiap bahagian (peringkat lukisan). Kemudian bahagian-bahagian individu tersebut dimesin. Akhir sekali, komponen dipasang menjadi suatu produk.
Perlu diketahui bahawa proses keseluruhan bukan hanya sekadar bekerja dengan peralatan atau mesin! Setelah menyemak semula perancangan, kita harus mempertimbangkan bagaimana kita akan memesin setiap bahagian. Kemudian kita perlu menyediakan bahan-bahan, alat, dan jig dan lekapan (jigs and fixtures). Kita mulakan dengan memotong bahan kepada saiz kasar. Kemudian kita memesin bahan tersebut menggunakan alat memotong dan alat membentuk (mesin larik dan kisar). Akhirnya, kita lakukan sentuhan terakhir, seperti penggerudian lubang atau memotong bebenang.
Rajah 1: Proses Keseluruhan
Langkah yang paling penting adalah perancangan untuk memesin setiap individu komponen. Sememangnya, proses adalah berbeza untuk setiap komponen. Bentuk komponen, bahan yang digunakan dan ketepatan yang diperlukan, semuanya menyumbang kepada perancangan tersebut.
Rajah 2. Butiran Pemesinan
Pemesinan Berkesan
Dalam pemesinan, adalah penting untuk menghasilkan komponen yang berketepatan tinggi. Di industri, setiap produk perlu dihasilkan dengan segera. Ia menjelaskan bahawa seseorang yang pakar diperlukan kerana ia akan mengambil masa pembuatan yang kurang berbanding orang baru (terlibat dalam industri). Tetapi masa pengoperasian peralatan mesin tidak begitu berbeza di antara kedua-duanya, kerana masa pemesinan disempadani oleh ketetapannya (parameter setting). Perancangan operasi kerja pada peringkat awal adalah penting untuk mendapatkan pemesinan yang berkesan. Perlu diketahui bahawa orang baru tidak perlu tergesa-gesa menjalankan operasi pemesinan kerana ia akan meningkatkan kemungkinan untuk membuat kesilapan. Pembaikan ke atas kesilapan atau proses yang terbengkalai, akan mengambil masa lebih banyak.
Pemesinan Asas
Terdapat beberapa pemesinan asas yang biasa digunakan di dalam bidang kemahiran mekanikal bagi menghasilkan sesuatu komponen, sama ada logam, plastik mahupun kayu. Mesin-mesin asas tersebut adalah seperti berikut:
* sila klik untuk maklumat selanjutnya