Mesin pengisar berbeza daripada mesin-mesin lain dari segi pengunaan mata alat dan cara memegang benda kerja. Jenis mata alat yang digunakan (mata pengisar) ialah mata alat tunggal atau mata alat berbilang. Benda kerja pula dipegang oleh pelbagai jenis pemegang atau dipasak terus kepada meja mesin. Benda kerja disusupkan dengan menghantar meja kepada mata alat yang sedang berputar. kedalaman pemotongan pula dibuat dengan menggunakan meja mesin.
Mesin pengisar juga dilengkapi dengan pelbagai alat memegang benda kerja, pemegang mata alat, aksesori dan alatan tambahan. Keadaan ini membolehkan mesin pengisar melakukan pelbagai bentuk kerja.
Antara kerja-kerja yang dapat dilakukan oleh mesin pengisar adalah :
i. Mengisar permukaan rata. ini termasuklah permukaan mengufuk, tegak dan permukaan bersudut atau condong.
ii. Memotong pelbagai jenis bahu dan alur kunci, lurah T dan tanggam bajang.
iii. Megisar permukaan berbentuk atau tak berbentuk dengan menggunakan mata alat pengisar berbentuk.
iv. Mengisar permukaan yang berjarak sama dengan menggunakan kepala pembahagi contohnya, lurah-lurah, gear, tap, bongkah segiempat sama dan lain-lain.
v. Membuat kerja-kerja melubang.
Kerja-kerja tersebut bergantung kepada:
i. Jenis Mesin yang digunakan.
ii. Mata alat yang terdapat.
iii. Alat tambahan atau aksesori yang dibekalkan.
Jenis-jenis Mesin Kisar
1. Mesin kisar jenis Pengeluaran (Manufacturing)
2. Mesin Kisar Khas dan CNC
3. Mesin Kisar Turus dan Berlutut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan